Tuesday, January 20, 2009

:: Senarai Pakej Tahun 2009 ::



Berikut adalah senarai harga pakej bagi perkhidmatan yang disediakan oleh direct.2.u.photographer bagi tahun 2009.

Senarai pakej

Pakej Klasik
Pakej Rimbunan Kasih
Pakej Cinta Bersatu
Pakej Ikatan Janji



Pakej Klasik (Sticky Album)


Format gambar: Digital
Saiz Gambar:3MB – 5MB
Masa Penggambaran:Dari mula majlis hingga selesai
Jumlah Gambar:110 keping gambar
Saiz Cetakan Gambar:4R
Album (beserta CD):1 buah sticky album + 1 keping CD gambar digital (unlimited picture) + percuma 2 frame gambar saiz A4

Style Gambar:Kandid, portrait, berkumpulan, indoor.
Masa Penghantaran:2 – 4 minggu
Galeri internet:Gambar terpilih akan disiarkan di blog millik direct.2.u.photographer
Kos luar kawasan:Sekiranya perlu (rujuk terma dan syarat)
Harga Pakej :RM450




Pakej Rimbunan Kasih (Sticky Album)

Format gambar : Digital
Saiz Gambar :3MB – 5MB
Masa Penggambaran : Dari mula majlis hingga selesai (pernikahan & Persandingan)
Jumlah Gambar : 220 keping gambar
Saiz Cetakan Gambar : 4R
Album (beserta CD dan frame gambar) : 2 buah sticky album + 2 keping CD gambar digital (unlimited picture) + 1 frame gambar saiz A3


Style Gambar : Kandid, portrait, berkumpulan, indoor.
Masa Penghantaran : 2 – 4 minggu
Galeri internet : Gambar terpilih akan disiarkan di blog millik direct.2.u.photographer
Kos luar kawasan : Sekiranya perlu (rujuk terma dan syarat)
Harga Pakej : RM890



Pakej Cinta Bersatu ( Custom Album 8”x12”)

Format gambar : Digital
Saiz Gambar : 3MB – 5MB
Masa Penggambaran : Dari mula majlis hingga selesai
Jumlah Gambar : Berdasarkan design custom album
Saiz Cetakan Gambar : Minimum 20 m/s 8” x 12” gambar storyboard (bergantung kepada design dan gubahan gambar di dalam album)
Album (beserta CD dan frame gambar) : 1 buah custom album + 2 keping CD gambar digital (unlimited picture)+ 1 keping CD klip gambar beserta lagu + 1 frame poster gambar saiz A2


Style Gambar : Kandid, portrait, berkumpulan, indoor.
Masa Penghantaran : 2 – 4 minggu
Galeri internet : Gambar terpilih akan disiarkan di blog millik direct.2.u.photographer
Kos luar kawasan : Sekiranya perlu (rujuk terma dan syarat)
Harga Pakej : RM1000



Pakej Ikatan Janji (Pertunangan)

Format gambar : Digital
Saiz Gambar : 3MB – 5MB
Masa Penggambaran : Dari mula majlis hingga selesai
Jumlah Roll Gambar : 72 keping
Saiz Cetakan Gambar : 4R
Album (beserta CD) : 1 buah sticky album + 1 keping CD gambar digital (unlimited picture)

Style Gambar : Kandid, portrait, berkumpulan, indoor.
Masa Penghantaran : 1-2 minggu
Galeri internet : Gambar terpilih akan disiarkan di blog millik direct.2.u.photographer
Kos luar kawasan : Sekiranya perlu (rujuk terma dan syarat)
Harga Pakej : RM300




TERMA DAN SYARAT

HARGA DAN PAKEJ

Setiap harga yang ditawarkan di dalam pakej-pakej di atas adalah tetap.
Sebarang perubahan item di dalam pakej tersebut adalah berdasarkan kehendak pelanggan. Apabila pelanggan meminta perubahan item, pihak direct.2.u.photographer berhak untuk meminda harga pakej tersebut berdasarkan perubahan yang dibuat oleh pelanggan.
Harga pakej tidak termasuk caj luar kawasan

CAJ LUAR KAWASAN

Caj luar kawasan mengambil kira kos-kos berikut, petrol, jarak, tol semasa dan penginapan.
Kawasan luar daripada Kuala Lumpur, Muar, Batu Pahat dan Segamat akan dikenakan caj luar kawasan.
Caj yang dikenakan ialah 0.50 sen untuk satu kilometer (meliputi kadar tol, petrol dan masa perjalanan)

TEMPAHAN

Tempahan boleh dibuat 1 hingga 4 bulan sebelum majlis
Tempahan lewat dari 1 bulan boleh dikenakan caj lewat RM100 (bergantung kepada jadual direct.2.u.photographer )
Tempahan perlu dibuat menerusi borang tempahan yang disediakan.
Deposit sebanyak 30% perlu dibayar semasa menghantar borang tempahan atau selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh majlis. Baki bayaran boleh dibuat sejurus selepas majlis atau semasa penghantaran album.
Pihak direct.2.u.photographer tidak bertanggungjawab sekiranya tarikh tempahan yang telah dibuat ditukar oleh pelanggan. Kesediaan jurugambar adalah berdasarkan jadual pihak kami.
Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan dengan direct.2.u.photographer dalam masa sebulan atau kurang dari sebulan, pihak kami hanya akan memulangkan 50% daripada bayaran deposit yang telah dibuat. Pulangan penuh hanya akan diberikan jika pelanggan membuat pembatalan selewat-lewatnya 2 bulan dari tarikh majlis.



SKIM ANSURAN BULANAN

· Pihak direct.2.u.photographer menyediakan skim bayaran ansuran bagi pelanggan yang memerlukan perkhidmatan kami.
· Bayaran ansuran yang disediakan adalah sehingga 6 bulan dari tarikh majlis tersebut.
· Bagi pelanggan yang mengambil skim ini, bayaran ansuran tersebut mestilah selesai sebelum majlis berlangsung atau selewat-lewatnya sebulan selepas majlis berlangsung.
· Tiada bayaran deposit bagi skim ini.
· Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan dengan direct.2.u.photographer 1 bulan atau kurang dari tarikh majlis, pihak kami hanya akan memulangkan 85% dari jumlah yang telah dibayar kepada pihak kami. Pulangan penuh hanya dibuat jika pelanggan membuat pembatalan selewat-lewatnya 2 bulan dari tarikh majlis.


CARA PEMBAYARAN

Bayaran boleh dibuat menerusi bayaran tunai, perbankan online atau deposit tunai. Pelanggan adalah digalakkan membuat pembayaran melalui perbankan online bagi mempercepatkan urusan.
Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 114115074479 atas nama Azri bin Amir.
Sila maklumkan kepada direct.2.u.photographer sekiranya sebarang pembayaran dibuat. Bukti transaksi perlu dikemukakan jika membayar melalui perbankan online atau mesin deposit wang.

JURUFOTO BERTUGAS

direct.2.u.photographer berhak menghantar mana-mana jurufoto untuk bertugas.
permintaan peribadi untuk jurufoto bertugas bergantung kepada jadual.
pertambahan jurufoto akan di caj RM300.
pertukaran jurufoto akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan.



HAKCIPTA FOTOGRAFI

Semua gambar pelanggan adalah menjadi hakcipta direct.2.u.photographer.
direct.2.u.photographer berhak untuk menggunakan foto-foto pelanggan untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi yang berkaitan tanpa persetujuan pelanggan terlebih dahulu.
direct.2.u.photographer boleh menggunakan apa jua medium fotografi untuk mempotretkan detik perkahwinan pelanggan.
Pelanggan boleh untuk mengulang cetak gambar yang telah diberi hanya untuk kegunaan peribadi. Sebarang kegunaan untuk diterbitkan di dalam mana-mana majalah,akhbar atau lain-lain médium penerbitan perlulah mendapat persetujuan dari pihak direct.2.u.photographer .

PERSEDIAAN ALBUM DAN PENGHANTARAN

Tempoh menunggu album adalah antara 2 hingga 4 minggu bekerja, termasuk hari sabtu dan ahad serta mengikut giliran pelanggan.(tarikh penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan semasa majlis)
Setiap pertambahan album akan dikenakan caj dari RM250 ke RM1000 bergantung kepada saiz dan jenis album.
Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan. Pihak direct.2.u.photographer akan membayar gantirugi kepada pelanggan jika album tidak dihantar dalam masa yang telah ditetapkan. Pihak direct.2.u.photographer akan menolak dari baki bayaran sebanyak RM10 bagi satu hari lewat.
direct.2.u.photographer berhak menahan penghantaran album bagi pembayaran yang belum dijelaskan.
Penghantaran menerusi kurier atau pos laju bergantung kepada keadaan dan permintaan pelanggan.